Thursday, December 29, 2011

REZEKIKU A.K.A NASIBKU

assalamualaikum dan salam perkenalan,

sowila kalau ayat aku berterabur skit. aku just tulih apa yg dtg kat kepala hotak aku aja. malas aku nak susun ayat bagi menarik.

aku tulih blog ni bukan nak minta u all simpati dgn nasib aku, cuma benda ni dah lama terbuku dlm diri aku dan harini aku rasa dah tak tertanggung rasanya dan aku luahkan juga harini.

org panggil aku syahrir. aku berumur 30 tahun. aku seorang yang hepi go lucky. aku menghidap sejenis penyakit misteri nama 'spinocerebellar ataxia' atau short formnya CA. lama gakla, aku ingat 10 thn dah kot. disebabkan penyakit aku ni, aku terpaksa menggunakan wilcha untuk berjalan jauh. kalau macam dalam umah, aku just jalan dengan memegang dinding (mcm spiderman)  atau merangkak atau menggunakan sekeping board yg berfungsi mcm skate cuma papan untuk aku duduk tu aku besarkan sikit. kalau korg nak tau penyakit aku mcm mana, search aja kat u tiub atau tgk drama jepun tajuk 'one litre of tears'.  perjalanan penyakit aku sejibik mcm bdk pompuan dlm drama tuh.

ini kenangan aku. dulu aku mcm anak2 normal yg lain. pi sekolah nek gerek (basikal) atau jalan kaki. main sukan lasak2. masuk kelab dan persatuan plak heeebat...masuk kelab kembara ngan persatuan pengakap...hutan ngan gunung tu boleh kata tempat permainanla...mmg aktif gilerla...............
lps form 5, aku pi sambung ngaji plak kat kay ell.pastu gheja(keje) plak sebagai kerani. sempatla gheja dalam 4-5 thn.

sekarang aku makin truk. sampai xleh bediri tanpa sokongan. paling lama pun kalau berdiri without sokongan, dlm 10 atau 15 second mesti tumbang. dulu walaupun ada penyakit ni sebelum menjadi truk, aku still leh travel, bawak transport. siap ada lesen lg. tapi kini semua itu hanya tinggal memori terindah aja.

doktot dapat tau aku menghidap sakit ni masa aku sambung study kat kay ell dulu. time aku mula kena penyakit ni, aku tak sakit apa langsung...setengah penyakit tu bermula dengan demam panasla, apala. tp aku tak.. 'benda' ni makan sikit--sikit.lagipun time tu tak ketara sangat, so aku tak kisahla dan tak penah amik port tentang penyakit ni. 4-5 thn ni aja yang tak leh berdiri tegap. bila dah teruk sampai tak leh jalan ni baru aku tau macam mana perjalanan penyakit ni, banyak buat research kat internet tentang penyakit ni, banyak kenal diri (muhasabah dirila konon). baru aku tau, kejam gak penyakit ni....

sekarang ni,tu semua aku dah tak kisah. aku redha dgn ketentuan ilahi...mungkin aku dipilih oleh Allah SWT untuk mengurangkan dosa. aku mengaku kalau aku tak jadi macam ni mungkin lagi banyak dosa yang aku buat.

'mata' aku terbuka setelah pergi berkursus di pusat latihan perindustrian dan pemulihan bangi atau nama pendek dia plpp. nila satu-satunya tempat untuk oku macam aku atau yang sewaktu dengannya untuk sambung study. disana serba serbi dibuat seniri (kira ajar kita berdikarila). aku pun mula belajar becampur dan bergaul dengan dunia luar. kira naikla sikit confident level dalam diri ini....hehehe

cuma satu benda aja yang aku kisahkan dan risaukan serta mengganggu hidup aku selama ni. yang aku risaukan apa nak jadi kat aku setelah org tue aku (mak dan ayah) dah tak ada. manala aku nak tumpang kasih, dahla aku ni oku pasal 'benda' ni 'makan' sikit-sikit. aku jadi kusut dan buntu memikirkan hal ni............Ya Allah, kuatkanlah iman hambamu ini..................Hanya padaMu tempat aku berlindung...........

musti geng2 pikir aku gila seks ke, sangap lobang ke apa ke........tapi selepas aku tengok-tengok dan pandangan akula dengan adanya teman hidup aja yang dapat jaga aku tatkala aku mungkin dah truk dan pabila org tue dah tak ada lagi. bukannya aku nak minta semua tu jadi tapi kita perlu bersedia dgn segala kemungkinan dan ketentuan ilahi ni tak dapat kita sanggah.................qadaq dan qadar beb, sapa boleh lawan?nak kata adik beradik nak tolong pun bolehla....tapi sampai bila??? nak tolong sekali dua bolehla, kalau selalu pasti ada bunyi-bunyi sumbang kat belakang lagipun diaorang pun ada life masing-masing. diaorang pasti nak dahulukan dan utamakan kehidupan diaorang...kalau dengan bini alhamdulillahla.....lehla tolong serba sikit dan of coursela ada ikatan ngan kita, so tak adala batas-batasnya.....hehehe

tapi aku sentiasa syukur dengan keadaan aku yang macam ni pasai aku tak banyak sangat dosa, kalau aku sihat for sure berkarung karung dosa akan aku buat. ini juga nasihat untuk geng-geng yang sewaktu dengan aku dan satu lagi korang jangan tengok org yang berada diatas kita , tengokla orang-orang yg ada kat bawah kita means orang yang teruk dari kita lagi belambak..so...hargaila hidup ni...
nila kata-kata semangat yang aku pegang sampai kehari ni dan mungkin juga kata-kata ini membuatkan aku waras sehingga harini.

yang normal tu janganla pula selalu ambil kesempatan atau memperlekehkan orang-orang macam kami. cuba u all duduk kat tempat kita orang yang oku ni dan jadi macam kami serta merasai apa yg kami jalani, apa korang rasa???

aku selalu berdoa pada Yang Maha Esa, 'jika aku ini  elok/baik untuk dihidupkan, maka hidupkanla aku baik-baik dan jika aku elok untuk dimatikan, maka Kau matikanlah aku' agar tidak banyak aku menyusahkan orang yang berada disekeliling aku.


inilah luahan perasaan yg terbuku didalam hati sanubariku yg ku pendam selama ini yang dapat ku coretkan kali ini.
jika ada luahan hatiku lagi, akan aku updatenya nanti. wassalam

syahrir
wassap 0124935769  wechat syahriromar
syah_25@yahoo.com.sg
facebook: ahmad syahrir