Thursday, May 31, 2012

informasi yang tak sampai

baru-baru ni aku dapat information dari kawan aku di perak. dia oku gak. dia habaq kat aku jabatan kebajikan masyarakat atau kami panggil jkm aja ada mengeluarkan kad baru untuk oku yang sebijik macam mykad.

dia habaq pula, bagi oku yang belum buat kad baru ni sebelum bila ntah aku pun tak hingat akan mengalami kesukaran untuk buat apa apa urusan mengenai oku ni, dia pun tak pasti urusan apa?

aku pun alhamdulillahla ada talian internet di rumah. bolehla bertukar--tukar pikiran dan beborak dengan geng-geng oku. selain daripadatu bolehla aku bukak laman web jkm selalu. yang tak ada talian internet macam mana?

di sini aku bukan nak isukan kad oku yang baru ni.cuma nak para para oku yang sewaktu dengan aku dan yang berdaftar dengan jkm senantiasa mendapat info-info tebaru dari jkm seperti wujudnya produk--produk terbaru dari jkm seperti kad ini atau apa-apa aja yang berkaitan.

dengan ini aku cadangkan pihak-pihak jkm selalulah membut bancian ke rumah-rumah oku yang tiada kemudahan bagi mendapatkan info-info terkini dari jkm atau sampaikan sms pemberitahuan kepada oku yang mempunyai telefon bimbit. bagi oku yang tak mempunyai telefon bimbit, mereka bolehlah daftarkan nombor telefon bimbit waris terdekat diaorang.

aku hanya sekadar memberi pandangan.kalau ada perlaksanaan yang lebih efektif, silakan. sekira ada kesilapan atau kesalahan penulisan ini,aku minta maaf. aku bukan apa, cuma nak latest info cepat sampai pada geng--geng oku. tq




Wednesday, May 2, 2012

kurang pendedahan....

aku terkilan yang amat sangat pada oku-oku yang duduk di pendalaman, ceruk-ceruk ataupun hulu-hulu. kesian sangat kat member--member seangkatan ni. depa hanya mampu tebaring tak buat apa-apa seperti 'menghabiskan sisa-sisa hidup'

macam aku, bukannya nak bangga diri tapi syukur alhamdulillahla pasai aku ada akses internet, tv, radio dan sebagainya membolehkan informasi-informasi serta hak-hak keistimewaan oku dapat dihebahkan.

macam geng-geng oku yang dok kat hulu banat tu? sedih kadang-kadang bila terkenang nasib depa. kelak sapa yang nak bela nasib depa ni???

kat sinilah peranan jkk kampung atau penghulu kg atau yang ada namala dalam sesebuah komuniti tu. mereka perlu mengambil tahu bilangan penduduk-penduduk di dalam kampungnya. jika ada penduduk yang oku, butir--butir diri mereka haruslah diambil dan diserahkan kepada pejabat kebajikan masyarakat daerah masing-masing agar kehidupan oku ni dapat dibela.

dewasa ini masih ramai oku-oku yang seperti ini masih terlepas pandang.tolonglah kasihani mereka ini. wallahualam