Wednesday, May 2, 2012

kurang pendedahan....

aku terkilan yang amat sangat pada oku-oku yang duduk di pendalaman, ceruk-ceruk ataupun hulu-hulu. kesian sangat kat member--member seangkatan ni. depa hanya mampu tebaring tak buat apa-apa seperti 'menghabiskan sisa-sisa hidup'

macam aku, bukannya nak bangga diri tapi syukur alhamdulillahla pasai aku ada akses internet, tv, radio dan sebagainya membolehkan informasi-informasi serta hak-hak keistimewaan oku dapat dihebahkan.

macam geng-geng oku yang dok kat hulu banat tu? sedih kadang-kadang bila terkenang nasib depa. kelak sapa yang nak bela nasib depa ni???

kat sinilah peranan jkk kampung atau penghulu kg atau yang ada namala dalam sesebuah komuniti tu. mereka perlu mengambil tahu bilangan penduduk-penduduk di dalam kampungnya. jika ada penduduk yang oku, butir--butir diri mereka haruslah diambil dan diserahkan kepada pejabat kebajikan masyarakat daerah masing-masing agar kehidupan oku ni dapat dibela.

dewasa ini masih ramai oku-oku yang seperti ini masih terlepas pandang.tolonglah kasihani mereka ini. wallahualam

No comments:

Post a Comment